JellyPages.com


Selasa, 4 Ogos 2015

AYUH SAMA-SAMA MEMBANTU SAUDARA KITA DI PALESTIN

Di kala kita leka dengan keamanan dan keselamatan yang kita peroleh sekarang ini, kita lupa bahawa saudara kita di bumi Palestin sedang berlari menyelamatkan diri dari terkena lontaran bom dan roket oleh tentera Israel.
Setiap hari akan ada gambar-gambar dan video yang dimuatnaik di laman sosial yang menunjukkan kanak-kanak kecil Palestin yang tidak berdosa mati dibunuh dan ada juga video yang menunjukkan seorang ibu dipisahkan daripada anak-anaknya tanpa belas kasihan olen tentera Israel.
Apabila kita tengok video itu pun kita berasa geram dan marah. Tanpa kita sedar, mengalir air mata melihat kekejaman yang dilakukan oleh Yahudi ini kepada saudara-mara kita di sana.
Setiap hari kita berdoa. Kita bermohon agar Allah SWT memberikan balasan dan seksa yang tak terhingga kepada tentera Israel dan Yahudi ini.
Walaupun kita telah berdoa, hati masih rasa tidak tenang.
Untuk berperang kita tak tahu, untuk berlawan, kita tak kuat. Jadi apa yang boleh kita buat hanyalah berdoa atau berikan sumbangan derma ikhlas bagi membantu rakyat Palestin di sana

Tiada ulasan:

Catat Ulasan