Terima kasih buatmu ayah kerana sudi berpanas berhujan demi sesuap nasi untukku. Berkat kesabaranmu mencari rezeki, aku mampu ke sekolah menimba ilmu. Aku kini mampu mendaki tangga menara gading. Sungguh tidak ternilai baktimu ayah. Kau sanggup berkorban segalanya demi melihat aku menjadi manusia berguna. Kau sanggup lupakan segala deritamu demi melihat aku menjadi insan yang kau impikan. Kau sanggup berhempas pulas segala kudratmu demi melihat aku aku melalui kehidupan dengan penuh sempurna. Sesungguhnya aku bahagia dengan segala yang kau berikan. Aku puas, dulu sewaktu aku kecil, aku selalu bertanya dalam hati, kenapa ayah garang dan kini aku hairan kenapa sekarang ayah tak lagi garang seperti dulu? Rupanya baru kini aku sedar rupanya ketegasanmu itulah telah mendidik aku. Kau jualah pakar motivasi yang terbaik untukku. Di saat aku buntu, kau leraikan segalanya. Di saat aku tertekan kau lah yang memberikan aku kata semangat. Terima kasih ayah kerana sudi menjadi ayah yangterbaik untukku. Aku terlalu menyayangimu ayah...
Terima kasih ku titipkan buatmu ibu kerana kau sudi mengandungkan aku selama 9 bulan dengan segala kudratmu ibu. Terima kasih kerana sudi mengasuh, mendidik dan melayani segala macam kenakalan dan kerenahku dengan penuh sabar. Terima kasih kerana kau banyak korbankan untukku. Terima kasih kerana memberika segalanya untukku. Terima kasih kerana membahagiakan aku dengan ketulusan kasih sayangmu. Kau pekakkan telinga mendengar tomahan da cemuhan orang yang dengki padamu. Kau sentiasa tersenyum walau dihatimu menanggung sejuta keperitan dan kepahitan. Harapanmu cuma satu, ingin melihat anak-anakmu hidup senang dan sempurna walau dirimu terpaksa menempuh segala pederitaan. Walau dirimu memikul segala kesusahan. Namun kau tak pedulikan semua iti kerana bagimu anak-anak adalah segala-galanya. Terlalu banyak dugaan yang kau tempuh dalam membesarkan aku dan anak-anak. Moga Allah balas segala kepahitanmu dengan sejuta kemanisan. Terima kasih ibu kerana sudi menjadi ibu yang terbaik buatku. Aku terlalu menyayangimu...
AYAH & IBUKU
Sungguh beruntung dan bertuahnya diriku memiliki seorang insan bergelar ibu dan seorang insan yang bergelar ayah sempertimu. Kalian terlau sempurna buatku. Walaupun tidak terlalu banyak kekayaan harta yang ku berikan namun kalian terlalu kaya dengan kasih sayang. Aku bangga dengan kalian.. Aku bangga dengan dengan didikan kalian. Ingin terasanya aku perkenalakn kepada dunia bahawa kalianlah yang paling terbaik untukku. Kalian pernah ajarkan kepadaku, orang yang berharta sibuk menjaga harta dan orang yang berilmu akan dijaga oleh ilmu. Aku akan ingat kata-kata itu sepanjang hayatku. Sebab itulah kalian terlalu mementingkan ilmu. Kalian abaikan segala kesulitan dan kesukaran dalam mecari rezeki demi melihat semua anak-anakmu mendapat pendidikan yang secukupnya. Walau sukar kau tak pernah biarkan anak-anakmu korbankan pendidikan. Mulianya hatimu ayah. Mulianya hatimu ibu. Terima kasih ayah. Terima kasih ibu. Terima ksaih atas segala yang telah kau korbankan...
AYAH & IBUKU
Walau selaut berlian ku hamparkan buatmu masih belum mampu dapat membalas segala jasa dan penat lelahmu. Walau segunung permata ku hadiahkan padamu, belum tentu terbalas segala kasih sayang yang engkau berikan. Walau berjuta wang ku hamparkan buatmu, belum tentu cukup untuk ku bayar segala kesakitan yang kau tempuhi sepanjang membesarkan aku. Walau sejuta tahun aku berbakti padamu, belum tentu cukup unbalas segala baktimu padaku...
sesungguhnya baktimu terlalu besar hingga tak mampu dialas oleh aku sebagai anakmu. Baktimu sebagai ayah dan ibu lebih besar dari baktiki sebagai anak. Kata pepatah yang mengatakan 'seorang ibu boleh menjaga dua belas orang anak tetapi dua belas orang anak belum mampu menjaga seorang ibu' cukup menyedarkan aku bahawa segala jasamu terlalu besar. Hanya Tuhan yng mampu berikan pahala yang tak terhingga buatmu. Ayah dan ibuku, kau terlalu sempurna untukku. Kalian taida galang ganti...
AYAH...IBU...
Aku mohon ampun salah dan silap di atas segala kesalahan dan kesilapan yang telh aku lakukan. Maafkn segala kekhilafan aku yang telah membuatkan hatimu terguris dan terluka. Maaf segala dosa yang telah aku lakukan secara sedar atau tidak, sengaja atau tidak. Maafakan segala kesalahan yang ku lakukan dari aku kecil hinggalah sekarang. Maafkan segalanya ayah. Maafkan segalanya ibu. Aku mohon kepadamu ayah, aku mohon kepadamu ibu, halalkan segala makan minumku walau setitik susu yang kau berikan, walau sesuap nasi kau suapkan. Aku mengharapkan restu dan redha darimu kerana itu yang lebih bermakna untukkiu. Pada redha kalianlah letaknya redha Allah. Pada kalian jualah lataknya syurgaku...
Ya Allah, kasihanilah kedua ibu bapaku sepertimana mereka menyayangi dan mengasihiku sewaktu kecilku. Berilah sejuta nikmat kebahagiaan untuknya di dunia dan di akhirat. Hubungkan mereka dengan tali-Mu Ya Allah. Lindungilah mereka dari bala bencana dan segala musibah. Berlah kesihatan yang baik untuknya. Tak dapat ku bayangkan hidupku tanpa insan yang bergelay ayh dan ibu. Aku mohon kepada-Mu Ya Allah agar aku diberi kesempatan untuk terus berbakti kepada ayah dan ibuku dan aku mohon kepada-Mu moga ayah dan ibuku sempat merasa bakti hasil dari titik peluhnya membesarkanku...
Selasa, 18 Ogos 2015
Jumaat, 7 Ogos 2015
MISS MY FAMILY :(
Ya Allah...hati ini sungguh risau dan gundah gulana..
Jauhkan lah dari kami segala bencana dan musibah MU..
Tenangkan lah jiwa hambaMU ini...
Sesungguhnya aku merindui keluargaku di kampung..
jauhkan lah dari segala kesukaran atau kesulitan..
pelihara lah mereka Ya Allah..
Rahmati lah mereka dengan kasih sayangMU..
kerana aku menyayangi mereka keranaMU Ya Allah..
_MISS THEM_
Jauhkan lah dari kami segala bencana dan musibah MU..
Tenangkan lah jiwa hambaMU ini...
Sesungguhnya aku merindui keluargaku di kampung..
jauhkan lah dari segala kesukaran atau kesulitan..
pelihara lah mereka Ya Allah..
Rahmati lah mereka dengan kasih sayangMU..
kerana aku menyayangi mereka keranaMU Ya Allah..
_MISS THEM_
Selasa, 4 Ogos 2015
AYUH SAMA-SAMA MEMBANTU SAUDARA KITA DI PALESTIN
Di kala kita leka dengan keamanan dan keselamatan yang kita peroleh sekarang ini, kita lupa bahawa saudara kita di bumi Palestin sedang berlari menyelamatkan diri dari terkena lontaran bom dan roket oleh tentera Israel.
Setiap hari akan ada gambar-gambar dan video yang dimuatnaik di laman sosial yang menunjukkan kanak-kanak kecil Palestin yang tidak berdosa mati dibunuh dan ada juga video yang menunjukkan seorang ibu dipisahkan daripada anak-anaknya tanpa belas kasihan olen tentera Israel.
Apabila kita tengok video itu pun kita berasa geram dan marah. Tanpa kita sedar, mengalir air mata melihat kekejaman yang dilakukan oleh Yahudi ini kepada saudara-mara kita di sana.
Setiap hari kita berdoa. Kita bermohon agar Allah SWT memberikan balasan dan seksa yang tak terhingga kepada tentera Israel dan Yahudi ini.
Walaupun kita telah berdoa, hati masih rasa tidak tenang.
Untuk berperang kita tak tahu, untuk berlawan, kita tak kuat. Jadi apa yang boleh kita buat hanyalah berdoa atau berikan sumbangan derma ikhlas bagi membantu rakyat Palestin di sana
Setiap hari akan ada gambar-gambar dan video yang dimuatnaik di laman sosial yang menunjukkan kanak-kanak kecil Palestin yang tidak berdosa mati dibunuh dan ada juga video yang menunjukkan seorang ibu dipisahkan daripada anak-anaknya tanpa belas kasihan olen tentera Israel.
Apabila kita tengok video itu pun kita berasa geram dan marah. Tanpa kita sedar, mengalir air mata melihat kekejaman yang dilakukan oleh Yahudi ini kepada saudara-mara kita di sana.
Setiap hari kita berdoa. Kita bermohon agar Allah SWT memberikan balasan dan seksa yang tak terhingga kepada tentera Israel dan Yahudi ini.
Walaupun kita telah berdoa, hati masih rasa tidak tenang.
Untuk berperang kita tak tahu, untuk berlawan, kita tak kuat. Jadi apa yang boleh kita buat hanyalah berdoa atau berikan sumbangan derma ikhlas bagi membantu rakyat Palestin di sana
Langgan:
Ulasan (Atom)




